Sunday, January 17, 2010

FUNGSI

1 – Membantu dan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru – guru dalam teknologi pendidikan.

2 – Sebagai pusat penghasilan bahan – bahan sumber pengajaran dan pembelajaran yang dibina secara kreatif dan inovatif.

3 – Pengumpul dan penyebar maklumat pendidikan terkini kepada guru – guru dan masyarakat setempat.

4 – Mewujudkan situasi perkongsian bagi meningkatkan idea, pengetahuan dan kepakaran dikalangan  guru – guru dalam penggunaan teknologi pendidikan.

5 – Memupuk budaya permuafakatan di kalangan guru – guru setempat melalui semangat berpasukan.

6 – Membantu meningkatkan pengurusan PSS.

7 – Membantu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru – guru dalam teknologi maklumat (ICT).

8 – Sebagai pusat aktiviti profesional pendidikan bagi sekolah kelompok dan masyarakat setempat.

OBJEKTIF

1 - Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru – guru dalam teknologi pendidikan.

2 – Mengumpul dan menyebar maklumat profesional pendidikan khususnya dalam teknologi pendidikan ke sekolah – sekolah.

3 – Meningkatkan keberkesanan pengurusan dan penggunaan Pusat Sumber Sekolah (PSS).

4 – Membantu dalam penghasilan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran untuk sekolah – sekolah.

5 – Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru – guru dalam teknologi maklumat (ICT).

6 – Menyediakan kemudahan – kemudahan bagi aktiviti profesional  pendidikan untuk guru – guru dan masyarakat setempat.

Saturday, January 16, 2010

SELAMAT DATANG KE PKG CHERANG RUKU

Kami warga PKG Cherang Ruku amat mengalu-alukan kedatangan para pengunjung seperti anda.

Tuesday, January 05, 2010

Pusat Kegiatan Guru Cherang Ruku

luarpkg PKG Cherang Ruku terletak di lokasi Sekolah Kebangsaan Cherang Ruku dalam daerah Semerak. PKG ini berada dalam kawasan pentadbiran Pejabat Pelajaran Daerah Pasir Puteh – Machang. Ianya terletak sejauh 18 Km dari PPD PP-M dan 66 Km dari BTPN Kelantan.